Menurut tinjauan Merdeka Centre yang dibuat dari 10 hingga 23 Februari lalu, sebanyak 54 peratus responden menyokong agar kedua-dua pemimpin itu berdebat.

Sebanyak 76 peratus pengundi muda Melayu berumur 21 hingga 30 tahun menyokong debat itu. Bagi pengundi berumur 31 hingga 40 tahun pula, 56 peratus menyokongnya.
Sokongan terendah datang daripada responden berusia 60 tahun ke atas, iaitu sebanyak 39 peratus.
Pecahan mengikut kaum pula mendapati satu pertiga daripada pengundi Cina menyokong idea itu (66 peratus) berbanding pengundi Melayu (54 peratus) dan India 34 peratus.
Antara topik-topik yang menjadi pilihan pengundi untuk dibahaskan adalah isu-isu ekonomi (17 peratus); isu semasa negara (sembilan peratus); kebajikan rakyat dan pembangunan negara (masing-masing tujuh peratus). Ini diikuti oleh isu memerangi rasuah pada kadar lima peratus.
Selain itu, responden turut mencadangkan isu semasa negara seperti skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), hutang negara yang semakin bertambah dan isu-isu pentadbiran lain juga dibahaskan.